PERBINCANGAN AWAL PERKUKUH PENGANJURAN SUKAN RAKYAT DI KAMPUNG ALOR PASIR

Tanah Merah, 14 April 2026 – Satu sesi perbincangan berkaitan penganjuran Program Sukan Rakyat yang akan diadakan di Kampung Alor Pasir, Tanah Merah telah diadakan bagi memperkukuh aktiviti belia dan komuniti setempat.

Saudara Mohamad Muzammel bin Hamad selaku Pengerusi Kelab Belia Masjid Al-Mustaqim Alor Pasir telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah untuk berbincang dan berkongsi pandangan bersama Encik Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Encik Ahmad Ridhwan bin Zazani yang sama-sama menyumbang idea serta cadangan dalam merangka pelaksanaan program berkenaan.
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada perancangan aktiviti sukan rakyat yang bersesuaian dengan keperluan komuniti setempat, termasuk penglibatan pelbagai peringkat umur bagi memastikan program yang dianjurkan lebih inklusif dan mendapat sambutan menyeluruh.

Program sukan rakyat yang dirancang ini dijangka dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung di samping memupuk gaya hidup sihat serta semangat kesukanan dalam komuniti.

Diharapkan dengan kerjasama erat antara pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dan Kelab Belia Masjid Al-Mustaqim Alor Pasir, program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi impak positif kepada pembangunan belia di peringkat akar umbi.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search