- JBS Kelantan
- Hits: 11
KUNJUNG HORMAT PBSD TANAH MERAH PERKUKUH JALINAN KERJASAMA STRATEGIK
- JBS Kelantan
- Hits: 11
Tanah Merah, 14 April 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah mengadakan satu kunjung hormat kepada Pegawai Pembangunan Zon, ICU-JPM Kelantan (Tanah Merah & Jeli), Encik Haszlihisham Bin Abdullah bertempat di Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU-JPM), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (Tanah Merah & Jeli).
Kunjung hormat ini telah dihadiri dan diketuai oleh Encik Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah serta pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah yang lain.
Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dan pihak ICU-JPM Kelantan, khususnya dalam aspek penyelarasan program pembangunan belia dan sukan di peringkat daerah.
Selain itu, sesi perbincangan turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta berkongsi maklumat berkaitan pelaksanaan program pembangunan komuniti, termasuk potensi kolaborasi dalam menjayakan inisiatif yang memberi manfaat kepada golongan belia setempat.
Kunjung hormat ini diharapkan dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan sekali gus memastikan pelaksanaan program pembangunan belia dan sukan dapat dilaksanakan secara lebih efektif, tersusun dan menyeluruh di daerah Tanah Merah
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
