SESI SIMULASI UJIAN I-TALENT PERKASA PENGLIBATAN OKU DALAM SUKAN AKAR UMBI

Tanah Merah, 14 April 2026 – Sesi Simulasi Ujian i-Talent bagi pelaksanaan Program Inspire i-Talent Peringkat Daerah Tahun 2026 telah berjaya diadakan pada 12 April 2026 di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Program ini dianjurkan sebagai langkah awal dalam memperkukuh pelaksanaan Program Inspire i-Talent di peringkat daerah, khususnya dalam usaha mengenal pasti bakat asas serta keupayaan sukan dalam kalangan peserta. Selain itu, penganjuran sesi simulasi ini turut memberi penekanan kepada usaha menggalakkan penglibatan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam aktiviti sukan di peringkat akar umbi.

Program ini telah dihadiri oleh Encik Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dan Encik Ahmad Ridhwan bin Zazani, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah. Kehadiran mereka menunjukkan komitmen berterusan pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dalam menyokong pembangunan bakat sukan secara inklusif.
Sesi simulasi ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBS Negeri Kelantan. Pelaksanaan sesi ini memberi pendedahan menyeluruh kepada para peserta berkaitan tatacara ujian, kaedah penilaian serta aspek teknikal yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan sebenar program nanti.

Diharapkan pelaksanaan Program Inspire i-Talent ini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat sukan yang lebih menyeluruh serta berdaya saing selaras dengan usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan OKU.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search