TAKLIMAT ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026 PERKUKUH PERSEDIAAN WAKIL TANAH MERAH

Tanah Merah, 12 April 2026 – Sesi taklimat mengenai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Tahun 2026 telah berjaya diadakan secara atas talian bagi memberi penerangan menyeluruh kepada pihak terlibat berhubung pelaksanaan dan penilaian anugerah tersebut.

Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Ismafardi bin Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dan turut hadir dalam sesi tersebut ialah En. Ahmad Ridhwan bin Zazani, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah turut mengambil langkah proaktif dengan menghantar wakil penyertaan bagi kategori pertubuhan serta kategori individu lelaki dan wanita bagi Anugerah Perdana Belia Negara Tahun 2026.

Melalui taklimat ini, peserta telah diberikan pendedahan berkenaan kriteria penilaian, kaedah penyediaan dokumen serta aspek penting yang perlu diberi perhatian bagi memastikan penyertaan yang berkualiti dan berdaya saing.

Untuk makluman, sesi penilaian bagi kategori individu akan diadakan pada 26 - 27 April 2026, manakala kategori pertubuhan pula dijadualkan berlangsung pada 28 - 29 April 2026. Kedua-dua sesi penilaian ini akan diadakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Diharapkan penyertaan dari daerah Tanah Merah mampu memberikan saingan yang sengit serta menyerlahkan potensi dan kecemerlangan belia di peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search