- JBS Kelantan
- Hits: 9
PROGRAM “BELIA DAN AI: MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGURUSAN ORGANISASI” PERKASA KEMAHIRAN DIGITAL BELIA
- JBS Kelantan
- Hits: 9
MACHANG, 9 April 2026 – Program “Belia dan AI: Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Organisasi” telah berjaya dilaksanakan pada 7 hingga 8 April 2026 bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan.
Program ini merupakan anjuran Unit Pembangunan Ekonomi, JBSN Kelantan dengan objektif untuk memperkasakan golongan belia melalui pendedahan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) serta meningkatkan kecekapan dalam pengurusan organisasi.
Sepanjang dua hari pelaksanaan, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai topik termasuk penggunaan AI dalam pengurusan data, perancangan program, komunikasi organisasi, serta peningkatan produktiviti kerja. Program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk memahami aplikasi praktikal AI dalam konteks kepimpinan dan pengurusan belia masa kini.
Turut serta dalam program ini ialah Encik Mohd Zul Izudin bin Samat dan Encik Zaharuddin bin Zainal dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang yang memberikan sokongan serta komitmen dalam menjayakan program ini.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
