REVOLUSI AI DALAM PENGURUSAN ORGANISASI BELIA

Tanah Merah, 09 April 2026 – Kursus Belia dan AI: Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Organisasi telah berjaya dianjurkan pada 7 dan 8 April 2026 (Selasa dan Rabu) bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Kursus ini bertujuan memperkasakan keupayaan peserta ke arah meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi selaras dengan keperluan transformasi digital masa kini. Antara objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan asas mengenai AI dan aplikasinya dalam pengurusan organisasi. Selain itu, kursus ini turut melatih peserta menggunakan perisian AI bagi automasi tugasan harian seperti penjadualan, penyediaan surat-menyurat, laporan serta pengurusan data.

Turut hadir menyertai kursus ini ialah pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah iaitu En. Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah), Encik Ismafardi bin Ismail (Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah), Encik Ahmad Ridhwan bin Zazani (Pembantu Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah) serta Puan Nasuha binti Akmal (Pembantu Tadbir PBSD Tanah Merah).

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul praktikal berkaitan penggunaan AI dalam pengurusan organisasi termasuk penghasilan laporan secara automatik, analisis data serta pengurusan maklumat yang lebih sistematik.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa penggunaan AI mampu membantu meningkatkan produktiviti kerja serta mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search