MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN PERINGKAT DAERAH 2026

Tanah Merah, 06 April 2026 – Encik Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dan Encik Ahmad Ridhwan bin Zazani, Pembantu Belia dan Sukan PBSD Tanah Merah telah menghadiri satu mesyuarat penyelarasan program pembangunan sukan peringkat daerah bagi tahun 2026 yang telah diadakan secara atas talian pada 06 April 2024.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras pelaksanaan beberapa program utama yang telah dirancang sepanjang tahun 2026, antaranya Liga Sukan Komuniti (LSK), Program Inspire i-TALENT serta Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 1.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Pembangunan Sukan JBSNK.

Sepanjang mesyuarat, perbincangan tertumpu kepada perancangan dan pelaksanaan program agar dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Selain itu, isu-isu berkaitan penyertaan, lokasi program dan pematuhan prosedur operasi turut dibincangkan secara terperinci.

Penganjuran mesyuarat secara atas talian ini dilihat sebagai satu pendekatan yang efektif dan fleksibel dalam memastikan penyelarasan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas tanpa kekangan Lokasi

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search