PELUPUSAN ASET SECARA MUSNAH DILAKSANAKAN BAGI JAMIN KESELAMATAN DAN KECEKAPAN OPERASI

Tanah Merah, 06 April 2026 – Satu proses pelupusan aset secara musnah telah dilaksanakan dengan teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan serta kecekapan pengurusan aset organisasi terus terpelihara.

Pelupusan tersebut melibatkan sebanyak dua (2) unit meja kumpulan sokongan dan empat (4) unit papan tulis yang telah dikenal pasti berada dalam keadaan rosak, usang dan tidak lagi ekonomik untuk dibaiki atau digunakan. Aset-aset ini juga didapati tidak memenuhi standard keselamatan serta tidak sesuai untuk kegunaan semasa.

Proses pelupusan secara musnah ini telah dijalankan di bawah pemantauan Encik Ismafardi bin Ismail (Penolong Pegawai Belia dan Sukan PBSD Tanah Merah) dan Pn. Nasuha binti Akmal (Pembantu Tadbir PBSD Tanah Merah) bagi memastikan setiap langkah mematuhi garis panduan serta peraturan yang telah ditetapkan. Kaedah pelupusan yang digunakan adalah selamat dan mesra alam bagi mengelakkan sebarang risiko kepada pihak berkaitan.

Langkah ini juga mencerminkan komitmen organisasi dalam mengurus aset secara sistematik, telus dan bertanggungjawab selaras dengan amalan tadbir urus yang baik.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search