- JBS Kelantan
- Hits: 13
MESYUARAT PELAKSANAAN 3 PROGRAM SUKAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 13
MACHANG, 6 April 2026 – Satu mesyuarat pelaksanaan bagi tiga program utama pembangunan sukan telah berjaya diadakan pada hari ini secara atas talian menerusi platform Google Meet. Mesyuarat ini merupakan anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Mesyuarat tersebut membincangkan perancangan dan penyelarasan pelaksanaan tiga program utama iaitu:
1. Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Negeri Kelantan 2026
2. Inspire iTalent Peringkat Daerah Negeri Kelantan 2026
3. Program Kelas Renang Fasa 1 2026 Peringkat Negeri Kelantan
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang serta Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Sukan Daerah Machang.
Perbincangan tertumpu kepada aspek pelaksanaan program, penyelarasan antara daerah, penglibatan komuniti serta strategi memperkukuhkan pembangunan bakat sukan di peringkat akar umbi. Ketiga-tiga program ini dilihat sebagai inisiatif penting dalam meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan serta mencungkil bakat baharu di negeri Kelantan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
