- JBS Kelantan
- Hits: 13
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 14 TAHUN (U-14) TERBUKA KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 13
MACHANG, 5 April 2026 – Kejohanan Bola Sepak Bawah 14 Tahun (U-14) Terbuka Kelantan 2026 anjuran Kelab Bola Sepak Suasano 2023 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya dalam satu majlis penutup dan penyampaian hadiah yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Pangkal Mak Wan, Machang, pada 4 April 2026.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, yang hadir mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kejohanan ini telah menghimpunkan sebanyak 16 pasukan dari seluruh negeri Kelantan dengan penyertaan seramai 208 orang pemain muda. Penganjuran kejohanan ini turut mendapat sokongan melalui Dana Sukan Komuniti (DSK) 2026, yang bertujuan memperkasa pembangunan sukan di peringkat komuniti.
Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan aksi yang kompetitif, disiplin tinggi serta semangat kesukanan yang membanggakan. Kejohanan ini juga menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu serta memupuk minat terhadap sukan bola sepak dalam kalangan remaja.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pasukan-pasukan yang berjaya serta anugerah khas termasuk pemain terbaik, penjaring terbanyak dan penjaga gol terbaik kejohanan.
Penganjuran kejohanan ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform berterusan dalam pembangunan sukan bola sepak di daerah Machang dan negeri Kelantan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
