- JBS Kelantan
- Hits: 14
TAKLIMAT PELAKSANAAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) NEGERI KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 14
MACHANG, 1 April 2026 – Satu Taklimat Pelaksanaan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 telah diadakan pada 31 Mac 2026 secara dalam talian menerusi platform Google Meet. Sesi taklimat ini telah dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan terperinci mengenai kriteria pencalonan, kategori yang dipertandingkan, serta tatacara permohonan bagi APBN 2026. Anugerah berprestij ini merupakan platform tertinggi pengiktirafan kerajaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan signifikan kepada pembangunan belia di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Turut menyertai sesi taklimat ini adalah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, bersama Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Pegawai Pembangunan Belia, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
