Program Ride @ Right sempena Sukan Selasa JBSN Kelantan

KOTA BHARU, 21 April 2026 - Program Sukan Selasa @ JBSN Kelantan hari ini berlangsung dengan penuh semangat menerusi aktiviti Ride @ Right, iaitu program berbasikal santai di sekitar Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Sebelum kayuhan dimulakan, pegawai dan kakitangan terlebih dahulu mengikuti sesi taklimat keselamatan berbasikal yang disampaikan oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK. Taklimat tersebut memberi penekanan kepada aspek keselamatan seperti penggunaan peralatan perlindungan, teknik kayuhan yang betul serta kepentingan mematuhi peraturan semasa berbasikal, demi memastikan aktiviti dapat dijalankan dengan selamat dan teratur.

Sejurus selesai sesi taklimat, program diteruskan dengan kemuncak Ride @ Right, aktiviti berbasikal secara santai sambil mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga JBSNK. Selain itu, sesi timbangan akhir bagi Program The Biggest Loser peringkat Ibu Pejabat JBSNK turut diadakan. Sesi ini menjadi detik penentuan bagi para peserta yang telah berusaha gigih dalam mencapai sasaran penurunan berat badan masing-masing.

Secara keseluruhannya, Program Sukan Selasa kali ini bukan sahaja berjaya memupuk amalan gaya hidup aktif, malah turut meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan dan keselamatan dalam aktiviti sukan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
 
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search