Program Eksplorasi Alam Kebangsaan : Ekspedisi Kayak Cabaran Sungai Terengganu 2026

KUALA TERENGGANU, 21 April 2026 - Peserta dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menghadiri Program Eksplorasi Alam Kebangsaan: Ekspedisi Kayak Cabaran Sungai Terengganu 2026 yang berlangsung pada 17 hingga 18 April 2026 di Kuala Terengganu. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama Persatuan Kanu Negeri Terengganu.

JBS Kelantan telah menghantar seramai lima orang peserta yang terdiri daripada 2 orang pegawai JBS Kelantan dan 3 orang pengerak NGO Sukan Negeri Kelantan menyertai ekspedisi tersebut sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan rekreasi air serta aktiviti eksplorasi alam yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan belia. Turut bersama mengiringgi ekspedisi ini, Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Ekspedisi kayak ini melibatkan jarak keseluruhan sejauh 16.8 kilometer menyelusuri Sungai Terengganu. Peserta memulakan kayuhan dari Tapak Kalang Warisan, Serada sebelum menamatkan ekspedisi di Kompleks Sukan Air Pulau Duyong, Terengganu. Sepanjang perjalanan, peserta berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi di sepanjang sungai selain menguji ketahanan fizikal dan semangat berpasukan.

Program ini turut diadakan bersempena majlis perasmian Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu oleh dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari. Penganjuran ekspedisi ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara negeri serta menggalakkan penglibatan aktif dalam sukan rekreasi berasaskan air.

Penyertaan wakil JBSN Kelantan dalam program ini juga selaras dengan usaha berterusan untuk mempromosikan gaya hidup sihat, memperluaskan pendedahan kepada aktiviti sukan alternatif serta menyokong pembangunan sukan rekreasi di peringkat kebangsaan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search