- JBS Kelantan
- Hits: 12
JBSN Kelantan Divers Sertai Projek Planet Rakan Bumi di Pulau Redang
- JBS Kelantan
- Hits: 12
Pulau Redang, 19 April 2026 – Komitmen terhadap kelestarian alam sekitar terus diperkukuh apabila delegasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) menyertai Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 17-18 April 2026 di Pulau Redang.
Seramai lima pegawai JBSNK telah mengambil bahagian dalam program ini diketuai oleh Pengarah JBSNK, Mohd Saipuddin bin Zakaria, bersama Timbalan Pengarah (Sukan), Hazri Nizam bin Zakaria. Turut serta ialah Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir (Pengurus KOMBES Kelantan) , Syazana Safra binti Sanusi (Pen. Pegawai Belia & Sukan Daerah Kuala Krai) serta Zamlam bin Che Din (Pembantu Khidmat Awam JBSNK)
Lebih membanggakan, kelima-lima wakil JBSNK ini turut berperanan sebagai KBS Divers bersama - sama YB Dr. Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan dalam sesi pembersihan dan pemuliharaan karang. Penglibatan ini bukan sahaja memperlihatkan komitmen tinggi terhadap pemeliharaan ekosistem marin, malah memberi pengalaman praktikal yang signifikan dalam usaha pemulihan terumbu karang.
Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara ini menyasarkan penyertaan lebih 7,500 belia di seluruh negara. Pelbagai aktiviti berteraskan kelestarian telah dilaksanakan termasuk penanaman pokok, plogging, sesi advokasi, pembersihan dasar laut serta pengumpulan pukat hantu.
Penyertaan JBSN Kelantan Divers dalam program ini mencerminkan kesungguhan jabatan dalam melahirkan belia yang bukan sahaja aktif, tetapi juga bertanggungjawab terhadap alam sekitar selaras dengan aspirasi “Belia Lestari, Bumi Terpelihara.”
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanBumi #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
