- JBS Kelantan
- Hits: 26
KBS Terus Pantau Perkembangan Projek Pembangunan SUKMA Kelantan 2028
- JBS Kelantan
- Hits: 26
PASIR PUTEH, 16 April 2026 – Satu lawatan tapak bagi Projek Pembangunan Kompleks Sukan di Bukit Merbau, Pasir Puteh telah dilaksanakan dengan jayanya melalui penganjuran mesyuarat penyelarasan serta tinjauan fizikal di kawasan cadangan projek.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal, yang juga merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang mengetuai perbincangan strategik melibatkan perkembangan semasa projek, keperluan infrastruktur serta perancangan pelaksanaan bagi memastikan kelancaran penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Kelantan.
Antara tetamu yang hadir ialah YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS); YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara; YB Tuan Zamakhsari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan; Encik Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan KBS; Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan; Encik Muhammad Amieroul Eirffan bin Mohamad, Pegawai Khas kepada KSU; serta pegawai-pegawai kanan yang terlibat secara langsung dalam pembangunan projek ini.
Selain sesi mesyuarat, delegasi turut mengadakan lawatan tinjauan ke tapak projek di Bukit Merbau bagi menilai keadaan semasa lokasi, kesesuaian pembangunan serta aspek teknikal yang perlu diberi perhatian. Tinjauan ini amat penting bagi memastikan setiap perancangan yang dirangka selari dengan keperluan penganjuran temasya sukan bertaraf kebangsaan.
Projek pembangunan Kompleks Sukan ini dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan infrastruktur sukan di negeri Kelantan, di samping memberi impak positif terhadap pembangunan ekonomi setempat. Kerjasama erat antara pihak kementerian, kerajaan negeri dan agensi pelaksana merupakan kunci utama dalam merealisasikan hasrat menjayakan SUKMA Kelantan dengan cemerlang.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh: Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
