Lawatan Kerja Rasmi YBhg. Dato' Ketua Setiausaha KBS Ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Perkukuh Hala Tuju Pembangunan Belia Dan Sukan

KOTA BHARU, 16 April 2026 – YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam usaha memperkukuh hala tuju pembangunan belia dan sukan di negeri ini.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, En. Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan serta En. Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah IKBN Tanah Merah.

Ketibaan YBhg. Dato’ Ketua Setiausana KBS dan delegasi disambut meriah dengan sesi bergambar bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah serta pegawai dan kakitangan ibu pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Lawatan diteruskan dengan sesi tinjauan fasiliti di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan bagi melihat kemudahan yang disediakan serta tahap kesiapsiagaan dalam menyokong pelaksanaan program pembangunan belia dan sukan. Sebagai simbolik lawatan, YBhg. Dato’ Ketua Setiausaha turut menandatangani buku lawatan rasmi jabatan.

Sesi libat urus kemudiannya dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Dalam ucapannya, beliau telah memberikan penerangan menyeluruh mengenai perancangan dan pelaksanaan program pembangunan belia, sukan serta rakan muda bagi tahun semasa.

YBhg. Dato’ Ketua Setiausaha KBS dalam ucapannya menzahirkan penghargaan terhadap komitmen warga jabatan dalam menjayakan pelbagai program pembangunan belia dan sukan. Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama bersepadu serta pendekatan inovatif dalam memastikan agenda pembangunan belia terus relevan dan memberi impak kepada masyarakat. Program lawatan kerja rasmi ini diakhiri dengan sesi ramah mesra bersama warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search