Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026

Bachok, 16 April 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Haji Mohd Zaki bin Yusoff, Ketua Jajahan Bachok, dan melibatkan pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan serta rakan strategik berkaitan seperti Universiti Malaysia Kelantan, Kolej Vokasional Bachok, IKTBN Bachok, Pejabat Pendidikan Daerah Bachok, Majlis Daerah Bachok serta kelab dan persatuan belia di Daerah Bachok.

Tujuan utama mesyuarat ini adalah bagi menyelaras pelaksanaan program Rakan Bumi: Planet Rakan Muda di Peringkat Negeri Kelantan yang akan berlangsung pada 27 April 2026 bertempat di Pantai Impiana Kemasin Bachok agar dapat dilaksanakan secara lebih teratur, sistematik dan berkesan. Program ini adalah kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan Yaya Empire.
Antara fokus perbincangan adalah pelaksanaan aktiviti berteraskan alam sekitar seperti plogging, penanaman pokok serta program gotong-royong komuniti yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar.

Selain itu, mesyuarat ini turut menekankan penglibatan belia melalui Program Rakan Muda sebagai usaha melahirkan generasi muda yang prihatin terhadap kelestarian alam dan pembangunan mampan.
Kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan juga diberi .

Pembentangan kertas kerja program telah disampaikan oleh Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang menghuraikan pelaksanaan program, cadangan aktiviti serta penyelarasan antara agensi terlibat bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan di peringkat negeri.

Turut hadir Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok bersama Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Disediakan Oleh:- Pegawai Media Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search