PBSD JELI HADIR SIMULASI INPIRE iTALENT 2026

JELI, 13 April 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) mengorak langkah proaktif melalui pelancaran Sesi Simulasi Ujian iTalent sebagai persediaan rapi bagi menjayakan Program Inspire iTalent 2026 yang berlangsung di semua Daerah.

Program yang berlangsung di Dewan Malaysia JBSNK pada 12 April 2026, merupakan inisiatif strategik untuk menyelaraskan kaedah ujian bagi mengenal pasti dan mencungkil bakat sukan dalam kalangan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negeri Kelantan secara lebih saintifik dan sistematik.

Sesi simulasi ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. En Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, manakala sesi taklimat telah dikendalikan oleh YBrs. Puan Nur Fadhlira binti Dungun, Pegawai Sukan OKU, dengan melibatkan penyertaan penuh Pegawai Belia dan Sukan Daerah dari seluruh Kelantan. Turut hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli, YBrs. Encik Mohamad bin Daud.

Kehadiran wakil Daerah ini adalah sebagai persiapan pengurusan di peringkat akar umbi untuk menggerakkan pencarian bakat luar biasa dalam kalangan komuniti OKU.

Disediakan Oleh: Unit Media Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search