- JBS Kelantan
- Hits: 21
MOHAMAD ADAM DAN NUR IZYAN SAHUT CABRAN JADI CALON APBN MEWAKILI DAERAH JELI
- JBS Kelantan
- Hits: 21
JELI, 12 April 2026 – Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) adalah bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan terhadap pembangunan belia. Anugerah ini juga adalah untuk meraikan dan menghargai belia yang memperolehi pencapaian yang membanggakan negara dalam pelbagai bidang. Pengiktirafan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada belia yang lain.
En. Mohamad Adam Haiman bin Ruslan (22 tahun) dan Cik Nur Izyan binti Ihsan Ramadhan (22 tahun) menyahut cabaran bagi merebut tempat terbaik dalam Anugerah ini sebagai peserta mewakili Daerah Jeli. Mereka yang ditemui memaklumkan merasa cukup teruja dengan pencalonan ini dan berjanji akan memberikan persembahan mantap sewaktu hari penilaian nanti.
Kedua-dua mereka juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli kerana memberi peluang menjadi calon untuk anugerah ini,
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli mendoakan kedua-dua calon berkenaan berjaya dalam sesi penilian yang akan berlangsung pada hujung bulan April nanti.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
