IPD DAN PBSD BACHOK PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

BACHOK, 14 April 2026 – Satu kunjungan hormat daripada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok hari ini.
Delegasi yang diketuai oleh SI Mohd Nizam bersama Kpl. Zulkifli dan Konst. Fadzil telah disambut mesra oleh Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok. Pertemuan ini bertujuan membincangkan kerjasama diantara IPD dan PBSD Dimana fokus utama adalah untuk mengurangkan kadar penglibatan belia dalam aktiviti negatif seperti penyalahgunaan dadah, lumba haram, dan gengsterisme melalui program kesedaran.

Kedua-dua pihak turut sepakat untuk merangka program pembangunan sahsiah bersama. Inisiatif ini akan memperkukuh hubungan antara anggota polis dan golongan muda melalui aktiviti santai (seperti senamrobik atau sukan komuniti) bagi membina kepercayaan dan memudahkan penyaluran maklumat.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan IPD dan PBSD Bachok dalam memastikan agenda pembangunan komuniti di peringkat daerah dapat dicapai dengan lebih efektif melalui pendekatan kolaboratif.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search