SIAP SIAGA INSPIRE ITALENT DAERAH BACHOK. PBSD HADIR KE SESI SIMULASI UJIAN

BACHOK, 13 April 2026 – Persediaan bagi program Inspire iTalent 2026 kini memasuki fasa akhir menerusi penganjuran Sesi Simulasi Ujian iTalent yang berlangsung di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan.

Sesi yang dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Pembangunan Sukan JBSN Kelantan ini bertujuan memastikan kelancaran pelaksanaan program sebenar yang akan dilaksanakan diseluruh daerah kelak. Program ini melibatkan penyertaan menyeluruh semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah serta pegawai unit sukan dari seluruh negeri.

Antara yang hadir memberikan komitmen tinggi termasuk Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok. Beliau berkata, "sesi simulasi ini amat penting bagi memastikan setiap pegawai di peringkat daerah benar-benar mahir dengan sistem ujian iTalent. Kami di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok komited untuk memberikan kerjasama penuh bagi memastikan objektif program Inspire iTalent 2026 tercapai, khususnya dalam mencungkil bakat sukan berkualiti dari akar umbi secara sistematik."

Simulasi ini menjadi platform penting buat para pegawai memperkemas teknikaliti ujian serta menyelaras gerak kerja bagi mengenal pasti bakat sukan baharu yang berpotensi di bawah inisiatif iTalent.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search