MAYC Pasir Mas Serlah Potensi Produk Kelulut Madu Di Program Santuni Pertubuhan Belia Sejati Madani

Kota Bharu , 11 April 2026 – Kelestarian bidang agropreneur dalam kalangan belia terus membuahkan hasil apabila MAYC Kawasan Pasir Mas tampil mempamerkan kejayaan projek penternakan kelulut mereka sempena Program Santuni Pertubuhan Belia Sejati Madani X Belia anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, hari ini.
Pameran tersebut menjadi platform bagi MAYC Pasir Mas untuk mengetengahkan hasil Projek Penternakan Kelulut Madu yang kini menjadi salah satu produk ikonik bimbingan persatuan berkenaan. Kehadiran mereka menarik perhatian pengunjung yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai teknik penternakan dan kualiti madu kelulut yang dihasilkan. Puan Fazulia binti Zulkifli, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negara turut hadir melihat kejayaan projek ini.

Saudara Asroy bin Azmi, Pengerusi MAYC Kawasan Pasir Mas ketika ditemui menyatakan rasa syukur atas peluang pameran ini.
"Modal RM 20,000 yang diterima tahun lepas telah kami terjemahkan dalam bentuk hasil pengeluaran yang konsisten. Hari ini kami bukan sahaja menjual produk, tetapi berkongsi inspirasi kepada rakan belia lain bahawa sektor agro adalah masa depan kita," katanya.

Hasil Tuai Program Agrobelia Lestari
Untuk rekod, MAYC Pasir Mas merupakan peserta Program Agrobelia Lestari Tahun 2025. Melalui inisiatif tersebut, mereka telah menerima:
1. Latihan Kemahiran: Bimbingan teknikal pengurusan koloni
kelulut secara profesional.
2. Bantuan Kewangan: Geran berjumlah RM 20,000.00 bagi
memulakan dan memperkasakan infrastruktur projek.
Kejayaan menyertai pameran hari ini membuktikan bahawa bantuan yang disalurkan oleh kerajaan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi melahirkan belia yang berdikari dan kompeten dalam sektor ekonomi pertanian.

Pemerkasaan Belia Madani
Program Santuni Pertubuhan Belia Sejati Madani X Belia ini bertujuan memperkukuh ukhuwah antara pertubuhan belia di Kelantan di samping memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan aktif belia dalam pembangunan ekonomi setempat.
Pameran yang berlangsung meriah di sini turut dihadiri oleh kepimpinan pertubuhan belia peringkat negeri dan daerah serta pegawai bahagian Pembangunan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang sentiasa komited menyokong agenda transformasi belia di bawah payung Malaysia Madani.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

DISEDIAKAN OLEH :
URUSETIA PORTAL BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search