- JBS Kelantan
- Hits: 89
BANTU PERKASA KELAB BOLA SEPAK JELAWAT
- JBS Kelantan
- Hits: 89
BACHOK, 5 April 2025 – Usaha memperkasa semula Kelab Bola Sepak Jelawat terus dipergiat apabila wakil kelab telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sistem e-ROSA serta Maklumat Yang Kene Beri (MYKB).
Kunjungan tersebut bertujuan untuk memahami dengan lebih jelas prosedur pendaftaran dan pengurusan pertubuhan sukan. Dalam sesi tersebut, pihak PBSD Bachok yang diwakili oleh Encik Noorazihan selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan telah memberikan penerangan terperinci mengenai fungsi dan kepentingan sistem e-ROSA sebagai medium pendaftaran pertubuhan, manakala MYKB pula berperanan dalam pengurusan maklumat keahlian belia secara sistematik dan berpusat.
Pihak kelab komited untuk melengkapkan segala keperluan yang ditetapkan agar Kelab Bola Sepak Jelawat dapat kembali aktif dan bergerak secara sah di bawah pemantauan pihak berkaitan. Beliau turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama dan bimbingan yang diberikan oleh pihak PBSD Bachok.
Diharapkan dengan usaha berterusan ini, Kelab Bola Sepak Jelawat akan kembali aktif dan mampu menyumbang kepada pembangunan sukan bola sepak di daerah Bachok secara lebih terancang dan berimpak tinggi.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan Oleh:
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
