SERY Kelantan: Pemerkasaan Ekonomi Belia Luar Bandar Menerusi Arang Inovasi dan Lensa Kreatif Dipantau JBSN, INSKEN

KOTA BHARU, 12 April 2026 – Inisiatif memperkasakan ekonomi belia luar bandar menerusi keusahawanan sosial terus mendapat perhatian sewajarnya apabila Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) mengadakan Lawatan Pemantauan Projek Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY) di daerah Tanah Merah dan Kota Bharu, Sabtu lalu.
Lawatan strategik yang berlangsung pada hari Sabtu lalu bertujuan untuk meninjau secara dekat perkembangan dua projek SERY yang berpotensi tinggi, di samping memberikan khidmat nasihat perniagaan terus di lokasi operasi.

Dua projek yang menjadi tumpuan lawatan adalah Projek Arang dari Tempurung Kelapa yang diusahakan oleh Kumpulan Belia Massa Inovasi di Tanah Merah, serta Projek Fotografi dan Videografi oleh Kumpulan Lensa Harapan yang berpusat di Kota Bharu.

Lawatan pemantauan ini telah diketuai oleh Puan Fazulia bin Zulkifli, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi JBSN, dengan diiringi oleh Puan Nor Hazwani binti Hashim, Pegawai Cawangan Pembangunan Ekonomi JBSN. Turut hadir memberi sokongan padu ialah Puan Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi JBSN, Puan Fazulia binti Zulkifli berkata, program SERY direka khas untuk mencungkil bakat dan potensi belia luar bandar bagi menangani isu komuniti menerusi model perniagaan yang mampan.

“Hari ini kita melihat dua spektrum keusahawanan sosial yang berbeza tetapi sama-sama memberi impak. Di Tanah Merah, Belia Massa Inovasi menunjukkan bagaimana sisa pertanian boleh dijana menjadi produk ekonomi, manakala di Kota Bharu, Lensa Harapan membuktikan bakat kreatif belia boleh dijadikan kerjaya profesional," katanya.

Bagi memastikan projek-projek ini berdaya maju dan mampu bersaing, dua pegawai dari Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) turut hadir dalam lawatan tersebut. Kehadiran pakar keusahawanan ini adalah untuk memberi penekanan terhadap aspek pengurusan perniagaan yang betul, pengurusan kewangan, penjenamaan, dan strategi pemasaran digital yang berkesan kepada kedua-dua kumpulan peserta."Kerjasama dengan INSKEN adalah kritikal bagi memastikan belia kita tidak sekadar mempunyai idea dan kemahiran teknikal, tetapi juga memiliki ilmu gerak kerja perniagaan yang kukuh untuk terus 'survive' dalam pasaran," tambah Puan Fazulia.

Program SERY merupakan komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan melalui JBSN untuk mengurangkan jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar, sekaligus mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi belia untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan sosial di tempat sendiri.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh: Unit Portal Bahagian Pembangunan Belia,
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-04-2026, 21:14:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search