- JBS Kelantan
- Hits: 18
Simulasi Ujian iTalent Menjadi Platform Persediaan Pelaksanaan Program Inspire iTalent Di Peringkat Daerah
- JBS Kelantan
- Hits: 18
KOTA BHARU, 12 April 2026 - Sesi Simulasi Ujian iTalent bagi Program Inspire iTalent 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya sebagai persediaan awal ke arah pelaksanaan program di peringkat daerah.
Program anjuran Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK ini dikendalikan oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Pn. Nur Fadhlira binti Dungun, Pegawai Pembangunan Sukan OKU serta barisan pegawai Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK dalam memastikan kelancaran program ini.
Sesi ini menghimpunkan penyertaan dua orang pegawai daripada setiap daerah selaras dengan pelaksanaan Program Inspire iTalent yang akan dijalankan secara menyeluruh di peringkat daerah. Kehadiran para pegawai ini mencerminkan komitmen tinggi pihak pengurusan dalam memastikan kelancaran serta keberkesanan pelaksanaan program kelak.
Sepanjang sesi simulasi berlangsung, pegawai yang hadir didedahkan dengan tatacara pengendalian ujian serta kaedah pelaksanaan yang standard dan sistematik. Sesi ini turut memberi ruang untuk memahami dengan lebih mendalam peranan masing-masing serta menyelaras pelaksanaan di peringkat daerah.
Penganjuran sesi simulasi ini bukan sahaja menjadi platform latihan, malah berfungsi sebagai medium penyelarasan antara daerah dalam memastikan setiap aspek pelaksanaan Program Inspire iTalent 2026 dapat dilaksanakan dengan baik. Secara keseluruhannya, sesi ini dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam memperkukuh kesiapsiagaan pegawai serta menjamin kejayaan pelaksanaan Program Inspire iTalent 2026 di seluruh daerah Negeri Kelantan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
