- JBS Kelantan
- Hits: 21
Revolusi Digital: Belia Kelantan Terajui Kecekapan Organisasi Menerusi Teknologi AI
- JBS Kelantan
- Hits: 21
KOTA BHARU, 13 APRIL 2026 – Dalam usaha memartabatkan kemahiran digital di kalangan pemimpin pertubuhan belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan telah menganjurkan kursus intensif bertajuk "Program Belia dan AI: Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Organisasi".
Program yang berlangsung selama dua hari pada 07 dan 08 April 2026 ini bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri (Panji) dan dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan belia dari seluruh pelusuk negeri bagi memperkasa pentadbiran moden. Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan para peserta kepada ekosistem kecerdasan buatan (AI) yang mampu meringankan beban kerja pentadbiran serta meningkatkan produktiviti pengurusan organisasi belia agar lebih sistematik dan profesional.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSN Kelantan. Sebagai tanda penghargaan, sesi penyampaian cenderamata turut diadakan bagi menghargai komitmen para penceramah dan penggerak program yang telah menjayakan inisiatif transformasi digital ini.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web www.stf.gov.my .
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI RakanMuda MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
