- JBS Kelantan
- Hits: 24
Program Belia Dan AI: Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Organisasi
- JBS Kelantan
- Hits: 24
JELI, 9 April 2026 – Program “Belia dan AI: Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Organisasi” telah berjaya dilaksanakan pada 7 hingga 8 April 2026 bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan.
Program ini merupakan anjuran Unit Pembangunan Ekonomi, JBSN Kelantan dengan objektif untuk memperkasakan golongan belia melalui pendedahan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) serta meningkatkan kecekapan dalam pengurusan organisasi.
Sepanjang dua hari pelaksanaan, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai topik termasuk penggunaan AI dalam pengurusan data, perancangan program, komunikasi organisasi, serta peningkatan produktiviti kerja. Program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk memahami aplikasi praktikal AI dalam konteks kepimpinan dan pengurusan belia masa kini. Program tersebut telah di kendalikan oleh Coach Ts. Zulkifli bin Ab Rahim dari HRDC Trainer.
Majlis perasmian penutup telah disempunakan oleh YABrs. En Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Turut serta dalam program ini ialah Encik Supian bin Hassan dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
