- JBS Kelantan
- Hits: 23
Selamat Datang Encik Mohd Hafizi Hanapi Ke PBSD Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 23
JELI, 9 April 2026 — Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli merakamkan ucapan selamat datang kepada YBrs. Encik Mohd Hafizi bin Hanapi sebagai Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli yang baharu, menggantikan Puan Hazmanita binti Che Hamid yang telah bertukar ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat.
Beliau telah melaporkan diri pada 9 April 2026 dan disambut mesra oleh seluruh kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli. Kehadiran beliau diharapkan dapat memperkukuh lagi pengurusan pejabat ke arah yang lebih cemerlang, di samping merancakkan pelaksanaan program Belia, Sukan dan Rakan Muda di daerah ini.
Satu sesi perjumpaan bersama kakitangan turut diadakan bagi memberi ruang kepada beliau mendapatkan maklumat berkaitan perjalanan pentadbiran, pengurusan pejabat serta perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2026.
Dalam pertemuan tersebut, beliau berharap agar semua kakitangan dapat terus bekerja dengan penuh komitmen, bersemangat tinggi serta mematuhi tatakelola yang telah ditetapkan. Beliau turut menekankan kepentingan semangat kerja berpasukan dalam suasana harmoni bagi memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
