- JBS Kelantan
- Hits: 11
Persatuan Belia Gemilang Bukit Tok Ali Adakan Kunjung Hormat Ke PBSD Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 11
JELI, 9 April 2026- Persatuan Belia Gemilang Kg Bukit Tok Ali, Kuala Balah telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli pada 6 April 2026. Kehadiran Cik Wan Shyazlin Natasha binti Mohd Afandi selaku Pengerusi Persatuan yang baru telah disambut mesra oleh YBrs. En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan kakitangan yang lain.
Dalam kunjungan tersebut YBrs. En Supian mengucapkan tahniah dan syabas kepada Persatuan tersebut kerana telah menyelasaikan tanggungjawab mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2026 dan telah memilih Jawatankuasa yang baharu bagi memimpin Persatuan.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Belia Gemilang Bukit Tok Ali kerana sudi menjadi calon bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2026 mewakili Daerah Jeli kategori Pertubuhan buat kali kedua berturut-turut.
Seterusnya Cik Wan Shyazlin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli yang tak jemu-jemu memberikan semangat, motivasi serta kerjasama kepada Persatuan Belia di daerah ini untuk lebih berdaya maju dan kekal aktif.
Di sediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
