Mesyuarat Penyelarasan Colour Run 2026 Perkukuh Persiapan Sempena Daly’a Fest

KOTA BHARU, 8 April 2026 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Colour Run 2026 sempena Daly’a Fest telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program yang dirancang.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK dengan perbincangan tertumpu kepada aspek perancangan program secara menyeluruh termasuk laluan larian, pengurusan peserta, promosi, logistik serta langkah keselamatan sepanjang acara berlangsung.

Program Colour Run 2026 yang bakal dianjurkan sempena Daly’a Fest dijangka menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat, khususnya golongan belia dalam usaha mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif. Selain itu, program ini juga dilihat sebagai platform untuk mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti riadah yang santai dan menyeronokkan.

Penekanan turut diberikan kepada elemen kreativiti dan kelainan bagi memastikan penganjuran Colour Run kali ini lebih meriah dan berimpak tinggi. Kerjasama antara semua pihak yang terlibat amat penting bagi memastikan program ini berjalan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Diharapkan Program Colour Run 2026 sempena Daly’a Fest ini akan menjadi salah satu acara utama yang dinanti-nantikan serta mampu memberi pengalaman bermakna kepada para peserta dan pengunjung.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-04-2026, 00:22:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search