- JBS Kelantan
- Hits: 35
Mesyuarat Penyelarasan Perkukuh Pelaksanaan Kursus Asas Kayak Star One Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 35
KOTA BHARU, 8 April 2026 – Satu Mesyuarat Penyelarasan bagi Kursus Asas Kayak Star One Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK dengan kehadiran pegawai-pegawai daripada Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK.
Turut hadir ialah barisan jawatankuasa Kelab Berkayak Warisan Lagenda serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang akan mengendalikan aspek keselamatan di air sepanjang program berlangsung.
Mesyuarat ini bertujuan menyelaras perancangan pelaksanaan program secara menyeluruh, termasuk aspek logistik, penyertaan peserta, pengisian modul latihan serta penekanan terhadap prosedur keselamatan di air. Kerjasama erat antara pihak penganjur dan kelab terlibat diharap dapat memastikan program berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Kursus Asas Kayak Star One Peringkat Negeri Kelantan dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 26 April 2026 bertempat di Min House Camp, Kubang Kerian. Program ini dijangka menjadi platform penting dalam melahirkan lebih ramai atlet kayak baharu di peringkat negeri, di samping memupuk minat dan kesedaran terhadap sukan air dalam kalangan masyarakat.
Dengan perancangan rapi dan komitmen semua pihak, program ini diyakini mampu memberikan impak positif dalam pembangunan sukan kayak serta meningkatkan tahap keselamatan dan kemahiran peserta di air.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
