- JBS Kelantan
- Hits: 28
Gerak Kerja Hari Belia Negara Bersama Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 28
KOTA BHARU, 7 APRIL 2026- Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) yang diwakili oleh Pengerusinya sendiri iaitu Saudara Azhar Kamaruzaman, bersama dua (2) orang ahli hadir ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada hari ini untuk membincangkan dan memperhalusi gerak kerja dalam melaksanakan Festival Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2026.
Puan Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia) berkata, jalinan kerjasama erat yang dilaksanakan pada saban tahun ini perlu diteruskan dan diperkukuhkan dalam memastikan agenda pembangunan belia tercapai secara holistik merangkumi pendekatan menyeluruh yang menggabungkan aspek fizikal, intelek, emosi, rohani, dan sosial untuk memperkasa golongan muda. Perbincangan dua hala ini sekaligus ingin memastikan Festival Hari Belia Negara (HBN) dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hadir sama dalam sesi tersebut, Puan Nur Amysiah binti Yusof, Pegawai Penyelaras Festival Hari Belia Negara 2026.
#TeamKBS
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
Rakan Muda
belia.my
