- JBS Kelantan
- Hits: 12
Anugerah Belia Negara Kembali Lagi!!
- JBS Kelantan
- Hits: 12
KUALA KRAI, 31 MAC 2026 - Anugerah Belia Negara (APBN) oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi meraikan dan memberi pengikhtirafan kepada individu dan organisasi belia yang telah memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan belia Malaysia.
Justeru itu, Taklimat Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 telah dilaksanakan secara atas talian dengan kehadiran semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah termasuk Puan Rosnani bt Hj Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai.
Puan Nurdalila bt Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan selaku pengerusi telah memaklumkan kategori yang akan dipertandingkan adalah Kategori Pertubuhan Belia, Kategori Individu Lelaki & Kategori Individu Wanita dengan harapan agar semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah memberi perhatian yang serius dalam pelaksanaan anugerah ini dengan mencalonkan pertubuhan serta individu yang telah dikenalpasti serta berpotensi untuk dianugerahkan dalam APBN Tahun 2026.
#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
