- JBS Kelantan
- Hits: 22
Kelantan Orienteering Challenge 2026 - Run With Smart
- JBS Kelantan
- Hits: 22
KUALA KRAI, 31 Mac 2026 – Program Kelantan Orienteering Challenge 2026 telah diadakan pada 28 hingga 30 Mac 2026 bertempat di Taman Etnoboti KESEDAR Gua Musang, Kelantan. Penyertaan melibatkan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada dalam dan luar negeri Kelantan.
Kejohanan kali ini, melibatkan 1 Kategori sahaja yang dipertandingkan iaitu kategori terbuka berkumpulan dengan penglibatan seramau 5 orang peserta bagi setiap Kumpulan. Dalam sesi taklimat dan Klinik Sukan Orienteering tersebut, penganjur menerangkan mengenai teknik untuk membaca peta, pengenalan simbol pada peta dan cara memulakan pergerakan supaya para peserta memahami konsep dan juga peraturan pertandingan dengan lebih jelas.
Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah Kelantan Orienteering Challenge 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Aina Diyyana Binti Mokhtar, Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Puan Aina Diyyana Binti Mokhtar mengucapkan tahniah dan penghargaan atas usaha Persatuan Sukan Orienteering Negeri Kelantan selaku penganjur dalam memajukan sukan orienteering, sehingga ke peringkat akar umbi. Beliau menegaskan bahawa dengan kemudahan Dana Sukan Komuniti (DSK) yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini akan dapat membantu memperkukuhkan program pembangunan atlet, latihan teknikal serta penganjuran kejohanan peringkat antarabangsa pada masa akan datang.
Encik Mohd Azam Wahidi bin Suhaini, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai hadir sebagai peserta bagi menguji kemahiran navigasi peta disamping untuk memupuk gaya hidup aktif dan sihat. Secara tidak langsung juga untuk mengekalkan kecergasan yang maksimum dikalangan pegawai dan kakitangan sebagaimana yang disarankan oleh KBS.
