Mesyuarat Tapak Kompleks Sukan Bandar Jeli

JELI, 2 April 2026- Mesyuarat Tapak Kompleks Sukan Bandar Jeli No 38 berlangsung di Bilik Mesyuarat Tapak, Kompleks Sukan Bandar Jeli, Kelantan pada 1 April 2026.

Mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh YBrs. Ir. Mohd Ali bin Ismail, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek SUKMA Kelantan, CKBA2. yang dihadiri oleh Jurutera-Jurutera, Arkitek, Pasukan Projek dan Kontaktor Utama projek berkenaan, turut hadir YBrs. En Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan YBrs. En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli mewakili Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah untuk mendapat maklum balas mengenai kerja-kerja pembinaan yang sudah memasuki fasa akhir. Kompleks tersebut dijangka siap sepenuhnya pada hujung bulan Jun 2026 nanti, manakala peratus pencapaian semasa adalah 74.32 %.

Perkara lain yang turut dibincangkan adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dalam dalam proses menyiapkan Kompleks tersebut agar siap tepat pada masanya.

Adalah menjadi harapan dengan siapnya Kompleks Sukan Bandar Jeli itu nanti dapat memberi menafaat khususnya kepada warga Daerah Jeli untuk menjadikan ianya sebagai pusat aktiviti sukan dan kecergasan di samping menjadi salah satu gelanggang bagi acara sukan SUKMA Kelantan 2028 nanti.

Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-04-2026, 23:13:08

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search