- JBS Kelantan
- Hits: 35
Kelab Bola Sepak Bukit Jering Adakan Perlawanan Muhibah Sempena Raya Aidilfitri
- JBS Kelantan
- Hits: 35
JELI, 30 Mac 2026- Memenuhi acara tahunan, Kelab Bola Sepak Bukit Jering telah mengadakan perlawanan Bola Sepak Muhibah dengan Pasukan Kelab Perantau Bukit Jering sempena Hari Raya Aidilfitri pada 22 Mac 2026 bertempat di Padang Awam Kg Bukit Jering dengan kehadiran 500 orang penduduk setempat.
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dan ukhuwah di antara belia- belia yang berada di perantauan dan belia – belia yang menetap di Kampung Bukit Jering.
Di antara pengisian program adalah penyampaian Bantuan Raya kepada golongan asnaf, perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring Muhibbah kategori Belia dan Veteran.
Turut hadir pada program berkenaan adalah YBrs. En Ibrahim bin Daud, Pengerusi KRT Bukit Jering, YBrs. En Mohd Fuad bin Jusoh, Pengerusi JPKK Bukit Jering, YBrs. En Mohd Azdi bin Mohd Nasir, Presiden Kelab Bola Sepak Bukit Jering, YBrs. En Saufi bin Yusof, Presiden Kelab Perantau Bukit Jering dan YBrs. En Mohamad bin Daud, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Di sediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
