- JBS Kelantan
- Hits: 40
Kelab Sukan Dan Kecergasan Darling Kembali Aktif
- JBS Kelantan
- Hits: 40
JELI, 29 Mac 2026- Kelab Sukan dan Kecergasan Darling Ayer Lanas, Jeli, kembali aktif setelah berehat hampir sebulan untuk memberi tumpuan kepada ibadah puasa pada bulan Ramadan yang lepas. Acara Senamrobik dan aktiviti kecergasan terus diadakan di Padang Kolam Ikan Kg Ayer Lanas, Jeli, pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu setiap minggu dengan penyertaan seramai 100 orang peserta setiap kali aktiviti berlangsung.
Aktiviti tersebut diadakan adalah untuk meneruskan agenda melahirkan masyarakat berbudaya sukan, sihat dan cergas disamping mengeratkan perpaduan melalui sukan.
YBrs Puan Norlida binti Deraman selaku Pengerusi Kelab berkenaan ketika ditemui berharap agar Kelab ini akan terus bergerak aktif menjadi tempat penduduk setempat melaksanakan aktiviti kecergasan secara berkala dan memberi impak yang baik untuk semua peringkat umur.
Beliau juga berharap dan menyeru agar Persatuan atau Kelab Sukan yang lain di Daerah Jeli ini akan terus hidup, aktif dan bergerak lebih maju.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
