- JBS Kelantan
- Hits: 25
PBSD Kota Bharu Terima Kunjungan Hormat ABIM, Perkasa Agenda Belia Daerah
- JBS Kelantan
- Hits: 25
KOTA BHARU, 22 Februari 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kota Bharu hari ini menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kota Bharu dalam usaha memperkukuh sinergi antara agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sesi yang berlangsung di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu itu dihadiri oleh Puan Nurul Asmad Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, manakala delegasi ABIM Kota Bharu diketuai oleh Yang Dipertua (YDP), Encik Muhammad Aqil Iqbal Mohd Zulkifli. Perbincangan dua hala tersebut memberikan tumpuan khusus kepada pelan tindakan tahun 2026 yang merangkumi pemerkasaan kepimpinan muda, pembangunan modal insan, serta penyelarasan aktiviti belia di peringkat akar umbi. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa kolaborasi erat adalah kunci bagi memastikan program pembangunan belia yang dirangka adalah relevan dengan cabaran semasa.
Puan Nurul Asmad Che Harun dalam kenyataannya berkata, PBSD sentiasa menyokong penglibatan aktif NGO belia seperti ABIM dalam membantu kerajaan mencapai matlamat Dasar Belia Malaysia, khususnya di daerah Kota Bharu. Pertemuan diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati dan komitmen untuk mengadakan sesi libat urus secara berkala bagi memantau keberkesanan agenda yang telah dirancang.
Disediakan oleh : Urus setia Portal PBSD Kota Bharu
