Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2026 Dan Program Ihya’ Ramadan 1447H Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan

MACHANG, 16 Mac 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2026 yang digabungkan dengan Program Ihya’ Ramadan 1447H pada 15 Mac 2026 bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh Tuan Pengarah JBSN Kelantan yang menekankan kepentingan memperkukuh semangat kerja berpasukan, integriti serta memanfaatkan bulan Ramadan sebagai ruang mempertingkatkan nilai kerohanian dan produktiviti dalam kalangan warga jabatan.

Program diteruskan dengan ceramah penghayatan Ramadan bertajuk “Memburu Lailatul Qadar”, yang memberi penekanan kepada kelebihan malam Lailatul Qadar serta amalan-amalan yang boleh diamalkan sepanjang bulan Ramadan bagi meningkatkan ketakwaan dan penghayatan ibadah.

Selain itu, majlis turut diisi dengan beberapa aktiviti kebersamaan antaranya sesi rakaman video ucapan Aidilfitri oleh Pengarah dan pegawai JBSN Kelantan, diikuti sesi rakaman video takbir raya sebagai persiapan sambutan Aidilfitri jabatan.

Sebagai penutup program, warga jabatan bersama-sama menghadiri Iftar Perdana JBSN Kelantan, yang menjadi platform mengeratkan ukhuwah serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga jabatan sempena bulan Ramadan.

Semua pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah hadir bagi memeriahkan program ini bersama warga JBSN Kelantan yang lain.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search