Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan 2026M / 1447H

MACHANG, 16 Mac 2026 – Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan 2026M / 1447H telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Mac 2026 bertempat di Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Pasir Mas.

Program ini dianjurkan bagi mengimarahkan bulan Ramadan di samping menyemai penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan belia melalui penglibatan aktif dalam aktiviti keagamaan di masjid. Inisiatif ini juga berperanan mengeratkan hubungan antara belia, komuniti setempat serta institusi masjid.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menyertai pelbagai pengisian menarik antaranya aktiviti tadarus Al-Quran, pertandingan azan dan iqamah, pertandingan hafazan Al-Quran serta pertandingan kaligrafi khat. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan memupuk minat dan kecintaan golongan muda terhadap Al-Quran serta memperkasa bakat dan potensi mereka dalam bidang keagamaan dan seni Islam.

Program turut diserikan dengan majlis berbuka puasa yang menghimpunkan para peserta, urus setia serta masyarakat setempat dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan.
Hadir sama ke program tersebut ialah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang bersama Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Rakan Muda Daerah Machang bagi memberi sokongan kepada pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada pembangunan sahsiah belia.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search