- JBS Kelantan
- Hits: 35
PBSD Machang Sertai Majlis Berbuka Puasa Kelab Belia Bandar Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 35
MACHANG, 12 Mac 2026 – Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Kelab Belia Bandar Machang pada 11 Mac 2026 bertempat di Restoran Ayenas, Tanah Merah.
Majlis tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang bersama pemimpin serta ahli-ahli Kelab Belia Bandar Machang, di samping menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan melalui aktiviti kebersamaan dan ukhuwah.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang serta Encik Mohd Zul Iazudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang.
Majlis berbuka puasa ini turut menjadi platform untuk mengukuhkan kerjasama strategik antara PBSD Machang dan pertubuhan belia setempat dalam merancang serta melaksanakan pelbagai program pembangunan belia di masa hadapan.
Pihak PBSD Machang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kelab Belia Bandar Machang atas penganjuran majlis ini serta berharap jalinan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh demi pembangunan belia yang lebih holistik di daerah Machang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
belia.my
