Sesi Perbincangan Penyertaan Kelab Belia Bandar Machang Ke Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026

MACHANG, 11 Mac 2026 – Satu sesi perbincangan berkaitan penyertaan Kelab Belia Bandar Machang ke Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 telah diadakan pada 11 Mac 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang.

Sesi perbincangan ini bertujuan memberikan penerangan, panduan serta bimbingan kepada wakil Kelab Belia Bandar Machang berhubung kriteria penyertaan, penyediaan dokumentasi serta aspek penilaian bagi pertandingan Anugerah Perdana Belia Negara 2026.

Dalam sesi tersebut, Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Pegawai Pembangunan Belia PBSD Machang telah memberikan bimbingan serta perkongsian maklumat kepada pihak kelab. Beliau turut menekankan kepentingan penyediaan dokumentasi yang lengkap, rekod aktiviti yang tersusun serta impak program yang dijalankan oleh kelab kepada komuniti setempat.

Selain itu, sesi ini turut menjadi platform perbincangan dua hala bagi mengenal pasti kekuatan, pencapaian serta potensi yang boleh diketengahkan oleh Kelab Belia Bandar Machang dalam penyertaan mereka ke peringkat seterusnya.

Diharapkan melalui sesi bimbingan ini, Kelab Belia Bandar Machang dapat membuat persediaan yang lebih rapi dan sistematik dalam usaha melayakkan diri serta menyerlah dalam Anugerah Perdana Belia Negara 2026.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search