Program Kasih Ramadan 1447h: Agihan Kuih Onde-Onde Percuma

MACHANG, 12 Mac 2026 – Kelab Belia Bandar Machang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah mengadakan “Program Kasih Ramadan: Agihan Kuih Onde-Onde Percuma” pada 11 Mac 2026, bertempat di perkarangan tempat letak kenderaan hadapan PBSD Machang sempena sambutan Ramadan 1447H.

Program ini diadakan sebagai inisiatif bagi menyemarakkan semangat Ramadan melalui amalan berkongsi rezeki serta menyantuni masyarakat setempat. Dalam program ini, kuih onde-onde diagihkan secara percuma kepada orang ramai yang melalui kawasan tersebut termasuk penduduk sekitar, pengguna jalan raya serta komuniti setempat.

Penganjuran program ini turut menjadi platform untuk menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti kemasyarakatan dan kerja-kerja sukarelawan. Ia selaras dengan usaha untuk memupuk nilai prihatin, semangat kerjasama serta budaya saling membantu dalam kalangan masyarakat.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search