Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026/1447h Peringkat Daerah Machang

MACHANG, 9 Mac 2026 – Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026/1447H Peringkat Daerah Machang telah berjaya dilaksanakan bermula 1 Mac 2026 hingga 7 Mac 2026 dengan penyertaan seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia berumur 15 hingga 30 tahun.

Program ini dianjurkan bagi mengimarahkan bulan Ramadan serta menggalakkan penglibatan golongan muda dalam aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid serta institusi Islam setempat.

Sepanjang lima hari penganjuran, program telah dilaksanakan di empat lokasi utama iaitu Surau Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Qasimi, Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim, Masjid Ahmadiah Mukim Bukit Tiu, dan Masjid Al-Ihsan Kolam Abu.

Antara pengisian utama program ialah aktiviti tadarus Al-Quran yang disertai oleh para peserta secara berkumpulan. Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan pembacaan dan penghayatan Al-Quran dalam kalangan belia di samping memperkukuhkan ukhuwah serta semangat kebersamaan dalam mengimarahkan Ramadan.

Melalui program ini, para peserta bukan sahaja berpeluang memperbaiki bacaan Al-Quran, malah dapat mengisi masa Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Program ini juga diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang lebih aktif dalam kegiatan masjid dan berperanan sebagai penggerak komuniti.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini, termasuk pihak pengurusan masjid, surau serta institusi yang menjadi tuan rumah sepanjang penganjuran program.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
KBSMalaysia
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search