- JBS Kelantan
- Hits: 28
Lebih 500 Peminat Meriahkan Tayangan Skrin Besar Kelayakan Piala Asia 2027 Vietnam vs Malaysia di AEON Mall, Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 28
KOTA BHARU, 31 Mac 2026 – Suasana penuh semangat dan patriotik jelas dirasai apabila seramai lebih 500 pengunjung membanjiri program Tayangan Skrin Besar perlawanan bola sepak antara Vietnam vs Malaysia yang berlangsung di AEON Mall Kota Bharu hari ini.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bermula seawal jam 6.00 petang ini memberi peluang kepada orang ramai untuk hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi menyaksikan perlawanan tersebut.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat termasuk Pengarah IPG Kota Bharu, YBhg. Dr. Hajjah Narita binti Mohd Noor, Pengurus AEON Mall Kota Bharu, Encik Ahmad Afnan, serta Setiausaha Sukan Maahad Sains Tok Guru (MSTG), Alfadhil Ustaz Hafizzudin. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En. Mohd Saipuddin bin Zakaria dan Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK, En. Hazri Nizam bin Zakaria.
Selain tayangan perlawanan, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan bagi memeriahkan program antaranya pertandingan Blind Penalty, pop kuiz, cabutan bertuah serta permainan dalaman seperti karom. Kehadiran bekas pemain Harimau Malaya, Daudsu, juga menjadi tarikan utama apabila beliau beramah mesra bersama dengan peminat.
Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan komuniti setempat, malah berjaya menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat, khususnya golongan belia.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
