- JBS Kelantan
- Hits: 20
Program Sukan Selasa Diteruskan dengan Aktiviti Senam Cergas
- JBS Kelantan
- Hits: 20
KOTA BHARU, 31 Mac 2026 — Program Sukan Selasa kembali diteruskan hari ini dengan pengisian aktiviti senam cergas yang berlangsung meriah di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Sesi senamrobik tersebut dikendalikan oleh instruktur berpengalaman, Zin Yuyu yang berjaya mencetuskan suasana penuh semangat dan bertenaga dalam kalangan peserta. Program ini menjadi platform terbaik untuk warga jabatan kembali aktif selepas sebulan menjalani ibadah puasa.
Turut memeriahkan program ialah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) bersama kakitangan ibu pejabat, KOMBES serta warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.
Penyertaan yang menggalakkan ini jelas menunjukkan komitmen berterusan terhadap amalan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam. Aktiviti senamrobik yang dijalankan bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan fizikal, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan pelbagai bahagian.
Program Sukan Selasa dijangka akan terus menjadi agenda mingguan dalam usaha memupuk budaya hidup sihat serta meningkatkan kesejahteraan warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
