- JBS Kelantan
- Hits: 61
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) Bagi Pengambilan Kakitangan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 61
KOTA BHARU, 30 Mac 2026 – Hampir 200 calon yang disenarai pendek menyertai Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi pengambilan jawatan Pembantu Muzium dan Pembantu Khidmat Am anjuran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Program yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 29 hingga 30 Mac 2026 bertempat di Dewan Majlis Sukan Negeri Kelantan itu menghimpunkan calon daripada pelbagai latar belakang, masing-masing berusaha membuktikan tahap kecergasan fizikal sebagai syarat utama pemilihan.
Penilaian UKJK diketuai oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, selaku Ketua Penguji bersama 11 barisan penguji UKJK Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang berpengalaman dalam memastikan setiap penilaian dilaksanakan secara telus dan sistematik.
Turut hadir, En. Norhalis bin Mohamed Noor, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan bersama barisan pengurusan tertinggi serta En. Mohd Arman bin Zulkifli, Pengarah MSN Kelantan menunjukkan sokongan padu terhadap usaha memperkukuh kualiti tenaga kerja sektor muzium negeri.
Hanya calon yang melepasi ujian ini akan dipanggil ke sesi temuduga seterusnya. Pendekatan ini memastikan pemilihan dibuat secara menyeluruh, merangkumi aspek fizikal, disiplin dan komitmen. Penganjuran UKJK ini mencerminkan kesungguhan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dalam mengekalkan standard tinggi pengambilan kakitangan, selaras dengan peranannya memelihara dan memartabatkan warisan sejarah serta budaya negeri.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
