Suara Emas Dari Tumpat Dinobatkan Johan Azan Dan Iqamah

TUMPAT, 17 MAC 2026 – Suara merdu penuh penghayatan membawa tuah apabila peserta Daerah Tumpat iaitu saudara Muhammad Danish Hakim bin Mohd Zamri bagi kategori 13 hingga 17 tahun dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Azan dan Iqamah sempena Program Rakan Ekspresi : Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026M/1447H yang telah berlangsung pada 12 Mac 2026 bertempat di Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Pasir Mas.

Pemenang membawa pulang wang tunai sebanyak RM200, sijil penyertaan dan cenderahati. Manakala saudara Muhammad Dhafi bin Mohd Nazmi mendapat saguhati bagi kategori 18 hingga 25 tahun dan membawa pulang cenderahati serta sijil penyertaan.

Pertandingan tersebut menghimpunkan peserta dari pelbagai daerah yang mempamerkan kebolehan masing-masing dengan laungan azan dan iqamah. Kemenangan ini membuktikan kebolehan serta bakat yang dimiliki oleh peserta dalam mengalunkan azan dengan penuh merdu, tepat dari segi tajwid serta penghayatan yang mendalam.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bagi daerah Tumpat serta membuktikan bakat dan keupayaan generasi muda dalam mengalunkan azan dengan penuh merdu dan penghayatan.

Diharapkan kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk terus mendalami ilmu agama serta mengimarahkan institusi masjid di masa hadapan. Sekalung tahniah sekali lagi diucapkan kepada peserta serta semua pihak yang telah memberi sokongan dan bimbingan sehingga mencapai kejayaan ini.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Imam Tua Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Ustaz Armin Zaharin bin Mamat bersama Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search