- JBS Kelantan
- Hits: 27
Majlis Khatam Al-Quran Meriahkan Ramadan Di Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 27
TUMPAT, 16 MAC 2026 - Majlis Khatam Al-Quran sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Tumpat telah diadakan pada 5 Mac 2026 bertempat di Masjid As-Somadi manakala di Masjid Al-Muflihun, Sekolah Menengah Kebangsaan Geting telah berlangsung pada 11 Mac 2026 melibatkan keseluruhan penyertaan ialah seramai 110 orang.
Program yang berlangsung dengan penuh keberkatan dan penghayatan ini menghimpunkan para peserta yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan atas usaha serta komitmen mereka.
Majlis ini turut diisi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru pembimbing, sijil penyertaan dan cenderahati kepada para peserta serta majlis berbuka puasa. Program seperti ini bukan sahaja mengimarahkan masjid, malah menggalakkan masyarakat khususnya golongan belia untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran.
Semoga program ini dapat memberi inspirasi kepada semua untuk terus membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
