Bila Khatam Menjadi Permulaan

KUALA KRAI, 24 Mac 2026 - Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Krai yang berlangsung di Masjid Mukim Kenor, Kuala Krai di sini telah berjalan lancar dalam suasana penuh bermakna dengan penyertaan seramai 30 peserta.

Program tersebut dibimbing oleh Imam Muda Masjid Mukim Kenor, Ustaz Ahmad Aiman Firdaus bin Khamarulzaman, yang memberikan tunjuk ajar serta bimbingan berterusan kepada peserta dalam memperbaiki bacaan dan penghayatan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Syazana Safra binti Md Sanusi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, yang dalam ucapannya menzahirkan harapan agar program seumpama itu dapat terus menyemarakkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan. Beliau berkata, program tersebut mampu menjadi titik permulaan kepada pembentukan jati diri belia yang lebih berakhlak, berilmu serta dekat dengan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Majlis itu turut mencerminkan usaha berterusan dalam mengimarahkan institusi masjid serta memupuk penghayatan Al-Quran dalam kalangan generasi muda, bukan sahaja sepanjang Ramadan tetapi berpanjangan sepanjang hayat.


#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : 
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search